Sunday, February 10, 2013

Lama tak jumpa!

Manusia kan biasalah, lagi2 orang jenis macam aku. Penyakit M sangat2 lah cepat melanda. Setahun dah aku tak ambil kisah pasal blog aku yang tak seberapa ni. Ahaha. Dah lah memang tak ramai followers. Followers pun kawan2 aku je. Ni tetibe je nak buat entry tadi sebab ade akak tu tanya aku macam mana nak buat blog. Aku yang belagak macam tahu sangat ni pun tunjuk lah macam mana. Tapi sayangnya akibat sikap belagak, intenet connection asyik failed je dari tadi. Maaflah kak, internet buat hal aku cakap. punyalah lama akak tu tunggu. Kesian akak tu. Hati tengah berbunga2 nak buat bisnes online. Dah tak mampu aku nak buat apa, akak tu pun balik lah dengan secubit rasa kecewa.

Aku pun bawak masuk laptop balik dalam bilik, sekali aku tekan je F5 kat laptop En. Google pun tunjukkan muka. Ceh! Boleh pulak internet ni. Haha. Tulah akibat orang belagak! Allah tak bagi aku riak lah tu. Hehe
Gambar Hiasan


P/s: Happy Chinese New Year to all yang baca entry aku ni. Kalau lah ade orang baca. Haha malu sebab macam syok sendiri.

Tuesday, April 10, 2012

Keistimewaanku


Selalu kita dengar, perempuan adalah makhluk paling istimewa ciptaan Illahi.
Aku selalu cari apa istimewanya perempuan. Pada aku perempuan sangat unik. Kenapa mereka unik? Sebab mereka lemah bak kata lelaki tetapi sebenarnya tidak. Perempuan cuma lembut tetapi tidak lemah. (sila betulkan ye kaum lelaki) Even aku tengah tulis tentang kaum aku sendiri tapi aku pandang pada aspek orang lain bukan sahaja aku. Menangis bukan bermakna lemah. Lagi sekali, perempuan itu lembut bukan lemah!. Dalam perhubungan selalunya perempuan lebih menjurus untuk tidak bergaduh dan lebih kepada bermasam muka. Hati perempuan sangat rapuh sebab itu apa yang ada dalam hati terpampar jelas di muka. 
Lagi satu sebab perempuan bukan lemah. Jelas kita dapat tengok ibu-ibu kita yang bekerjaya. Siang hari mereka sibuk dengan kerjaya tetapi apabila pulang ke rumah mereka sibuk di dapur hingga saat nak lelapkan mata mereka masih lagi melayan kerenah anak-anak. Lihatlah betapa kuat dan tegarnya seorang perempuan. Mampukah aku untuk jadi sebegitu?
Jika sekarang aku sibuk mencari cinta, aku perlu melihat tanggungjawab yang bakal aku sandang. Mampukah aku? Jika cinta yang menyakitkan ini pun tidak sanggup aku redah, apatah lagi tanggungjawab besar yang bakal aku sandang. Ya Allah, kau ciptakan manusia dengan pelbagai keistimewaan, kurniakanlah aku kekuatan untuk menggapai keistimewaanku. Amin.

Thursday, March 8, 2012

Tak matang???

Kalau dulu kita sekolah, kita just rapat dengan orang sebaya je dengan kita kan. Masa masuk matrik pulak kita dah start dah berkawan dengan orang yang berbeza umur (even setahun je, tu pun kalau ade). Bila masuk universiti macam-macam peringkat umur kita kena kenal. Mak Siti selalu pesan, makin kita besar makin ramai yang kita kenal.
Memang betul pun. Itulah lumrah hidup. Kat universiti ni, macam-macam orang yang aku dapat kenal ( I mean, bukan kenal rapat just realize that they are visible). Tujuan nak tulis menulis ni bukan nak mengumpat ke nak mengata ke. Cuma nak berkongsi je apa yang sedang dan telah dilihat.
Kalau cakap bab matang dengan tak matang. First sekali yang kita boleh fikirkan, senior-senior mesti matang kan. Yang junior-junior ni budak hingusan je. haha. Sedar tak sedar sebenarnya, ada segelintir daripada kenalan kita tu perangai melebihi ketidakmatanagannya dari junior-junior kita. Depan orang ramai punyalah perfect tapi belakang orang (yang aku TERnampak lah kan) bukan main lagi. Benda-benda yang tak masuk akal tu lah yang diorg nak buat. Contoh-contohnya, korang fikirlah sendiri.
Yang mana yang perempuannya suka buat pertandingan siapa ada barang paling baru, siapa ada background desktop paling cantik, siapa lagi ramai kawan. Yang mana lelakinya bercakap besar menggunung-gunung tapi apa pun tak ada, pertandingan siapa dapat mengorat pompuan cantik dulu pun ada. Haih, just live in reality okay guys, that's our life. Tak payah lah buat benda yang tak bawa kita ke mana-mana.
p/s : Saya pun tak sempurna dan belum cukup matang. Masing-masing ade kelebihan dan kekurangan. Saya cuma nak melepaskan rasa meluat di blog saya. haha. Yang mane terasa tu, tak payah lah nak sentap menyentap dengan saya, sebab inilah benda yang bukan anda sorang je buat tau, ramai lagi yang seangkatan. Lumrah manusia, macam tu lah.

Tuesday, February 21, 2012

Talent is Inside Our Soul.

Talent ialah bakat. Bakat seseorang itu wujud secara semulajadi, ianya perlu diasah, tiada orang yang sejak lahirnya memiliki bakat yang hebat. Sesetengah orang tidak mengetahui tentang bakat yang ada dalam dirinya. Pada saya bakat + minat = berjaya. 

haaaa..tajuk je omputih..maap ye english saya dapat B+ jerrr. Ramai manusia yang punya nama besar kt Malaysia and seluruh dunia ni menggunakan bakat mereka dengan bersungguh-sungguh sebab tu lah diorang dikenali masyarakat sejagat. Macam Dato' Siti Nurhaliza, korang ingat dia lahir-lahir je terus boleh nyanyi lagu Jerat Percintaan tu sesedap tu ke? Tak kan? haaa.. Mestilah dia kena ada minat dalam bidang nyanyian dulu barulah dia ada semangat untuk asah bakat yang dia ada kan.  

Try korang tengok vidoe yang saya ambil daru Youtube ni. satu je gitar tapi 5 orang main. Kreatif kann.. Layaannnnn...


Thursday, January 19, 2012

Aku Rindu Adik!

Kisah aku mase dalam kereta time abah amik kt kolej lepas abis paper last yang menghairahkan. haha

Hati aku yang mase tu terloncat-loncat kegirangan dek kerana cuti sem dah start. Mari pulang kerumah!!!! and aku lah antara budak yg amik paper 'Engineering Mathematics 3' yg paling awal 'blah' dari kolej. Haha. Seronok memang seronok nak mampuih la kan tapi ade yang tak seronok sebenarnya. Sangat tak seronok! Nak tahu kenapa? Masa kat highway, abah bagitahu 'ADIK' dah mati kena bunuh dengan bapak dia! Memang rasa nak mencarut time tu! Seriously! Hati berdebar kencang!(ayat lam novel) 
"Kau tunggu 'bapak ADIK' aku pijak-pijak kau kalau aku nampak kau!!! Arghhhhh!!!", dendam kesumat dalam hati dah tercatat.

Actually, ADIK yg aku maksudkan ialah anak kucing aku yg aku bela masa study week hari tu. Anak kucing ni memang dah sakit masa aku balik time study week hari tu lagi. Dah lembik gila! Nak bukak mata pun susah. Dek kerana aku ni ada rasa secubit kasih sayang yang tertinggal dalam hati, aku pun rawat lah beliau (adik). Setiap pagi aku bangun je, tak pi mandi lagi aku dah bersihkan mata ADIK (kucing sakit memang banyak tahi mata), bagi dia minum susu, jemur kat matahari pagi (mak cakap boleh bagi dia energy). Memang setiap pagi aku buat macam tu. Masa adik sakit teruk tu, mak dia tak nak pun dekat, asal dekat je marah, asal dekat je marah. Aku ape lagi (piuunngg!) kena penampar mak beliau! Amik kau! Kau ingat aku ni babysitter anak kau! Tapi kucing kan, mana lah ada otak nak pikir sume tu. Aku pun dok berlagak lah jadi doktor sementara kepada ADIK. 

Empat hari lepas tu, ADIK mula cergas. Dah berlari-lari dengan kakak dia (kucing jugak, adik beradik satu ibu). Mak aku pun dah tunjuk muka berharap yang ADIK boleh sembuh. Terror gak aku kan. Haha. Seronok tengok ADIK dah pandai minum susu sendiri. Dah pandai jemur badan sendiri. Yang paling best ADIK dah pandai makan nasi. Aku suap lagi okay. Memang ada harapan nak hidup and ADIK pun ada usaha sendiri untuk hidup (thats why aku sayang kat ADIK). 

Study week dah nak abih and aku kena balik kolej. Boleh lah balik kolej dengan tenang sebab ADIK dah sihat. Masa kat kolej dok teringat je kat ADIK, aku siap simpan susu tepung Everyday aku (stok lam bilik) sebab balik nanti nak bagi ADIK minum. Tup-tup abah bagitahu ADIK dah mati masa main kat luar, kucing jantan bunuh dia! ADIK kenapa adik mati? Rindu ADIK sangat-sangat! Rindu nak suap ADIK makan. Sampai hati kau kucing jantan!(aku tak tahu kucing jantan ni spesies ape sampai nak makan kaum sendiri) Mak aku kejar sampai terjatuh sebab nak selamatkan ADIK. Kesian mak! Tapi dah terlambat, ADIK dah mati masa mak try selamatkan dia. ADIK, jaga diri leklok tau! Jangan sakit2 lagi kat 'sana'.

Sebijik macam ADIK (arnab tu tak kenal sebab gambar hiasan)

p/s: Mungkin orang boleh gelakkan aku sebab panggil anak kuciing ADIK. Mungkin jugak orang boleh cakap aku gila sebab berdendam dengan kucing. Mungkin jugak orang boleh cakap aku tak betol sebab rawat kucing macam rawat manusia. Guys, kucing juga makhluk Allah s.w.t. dan kita sedia maklum kucing adalah haiwan yang paling manja dengan Nabi Sulaiman. Pada aku, kucing ni kita boleh jadikan kawan sebab dia sentiasa nak bermanja dan pandai amik hati manusia. Aku memang gila kucing, sanggup menagis sebab kucing and kucing sentiasa ada tempat dalam hidup aku. InsyaAllah. Untuk bakal suami kalau tak suka kucing, tolong suka jugak okay. :)

Sunday, December 25, 2011

Sherlock Holmes come here bebeh!

Sherlock Holmes: A Game of Shadows!

nak tengok weyh! nak tengok! haha. ramai orang cakap yang citer ni bosan. erk! bosan ke? aku suka kot citer cm ni. siyes aku suka. hehe. tapi kalau tengok reaksi orang (member2 aku lah), mase aku tengok citer ni yang before ni diorg sebok dok tengok Spontan yang ade afdlin shaukaki tu. ceh! nampak tak? orang dok gelak aku dok sebok buat muka siyes cm holmes tgh pikirkan case beliau. haha. nak tengok citer ni before final. pleaseee~~~ haha (orang dok sebok study kau nk tengok movie! mira. mira. ish!) :)

Friday, December 23, 2011

aku sensitive w0oo! kau*bukan nama sebenar*

perempuan memang sensitive kan. tapi aku ni perempuan dua kali ganda kot sebab sensitive aku pun dua kali ganda.
kalau aku ade sorang kawan yg memang kaki touching dalam kelas tu, tapi sebenarnye aku ni mak segala touching U know! sentap menyentap memang keja aku, mak dan kekasih hati lah tempat aku melepas sendu yang mengada-ngada. haha. kesian diorg! tapi dalam hidup seharian aku buat muka takde pape je lah. itu pun orang cakap aku sombong lah, garang lah. aku takde keja tw nk menyombong or marah dengan korang, bukan boleh dapat kasut nike peberet aku pun!ceh! pasal tu lantak korang nak cakap aku ape pun. (act dalam hati sedih kot! xde orang nak kawan dengan aku! mesti korang xtw aku baik kan haha) 
bebalik kisah sentap menyentap aku tu, kalau dulu masa aku sekolah ke, PLKN ke, matrik ke, bila kita segerombolan, kami layan sama rata je. kalau ade pape masalah kami bincang leklok. (siap buat postmorten U olls)
aku tak paham kenapa makin besar makin susah nak bincang elok2, semua kasi simpan dalam hati. tak baik utk kesihatan tw! aku ni bukan lah orang yang ade opening discussion yang baik. aku terus direct je to the point. maaf kalau terkejut. yang aku tw aku nk settle kan masalah je. haha
tapi sumpah aku sentap dengan kau*bukan nama sebenar*. aku mungkin tak sebaik die yang kau rapat tu. aku pun bukan mintak kau rapat dengan aku sebab benda tu bukan boleh mintak2. hehe. tapi cuma aku rasa benda tu buat aku terasa. jadi aku terasa lah.


p/s:jangan cakap kau belanja die makan tutti frutti kalau kau rasa xnak belanja aku!sedih kot!haha. macam budak kecik kan aku ni. layan lah seikhlas hati kau. aku taw kau baik n caring. sebab tu aku bagitau kau yang aku sentap ni. haha. aku xnk layanan exclusive pun. cuma seikhlas hati. buat ape yang kau rasa kau nak buat je ok! aku ni sentap tu sentap jugak nanti lame2 aku ok sendiri.  hehe. harap boleh jadi macam dulu :)