Thursday, January 19, 2012

Aku Rindu Adik!

Kisah aku mase dalam kereta time abah amik kt kolej lepas abis paper last yang menghairahkan. haha

Hati aku yang mase tu terloncat-loncat kegirangan dek kerana cuti sem dah start. Mari pulang kerumah!!!! and aku lah antara budak yg amik paper 'Engineering Mathematics 3' yg paling awal 'blah' dari kolej. Haha. Seronok memang seronok nak mampuih la kan tapi ade yang tak seronok sebenarnya. Sangat tak seronok! Nak tahu kenapa? Masa kat highway, abah bagitahu 'ADIK' dah mati kena bunuh dengan bapak dia! Memang rasa nak mencarut time tu! Seriously! Hati berdebar kencang!(ayat lam novel) 
"Kau tunggu 'bapak ADIK' aku pijak-pijak kau kalau aku nampak kau!!! Arghhhhh!!!", dendam kesumat dalam hati dah tercatat.

Actually, ADIK yg aku maksudkan ialah anak kucing aku yg aku bela masa study week hari tu. Anak kucing ni memang dah sakit masa aku balik time study week hari tu lagi. Dah lembik gila! Nak bukak mata pun susah. Dek kerana aku ni ada rasa secubit kasih sayang yang tertinggal dalam hati, aku pun rawat lah beliau (adik). Setiap pagi aku bangun je, tak pi mandi lagi aku dah bersihkan mata ADIK (kucing sakit memang banyak tahi mata), bagi dia minum susu, jemur kat matahari pagi (mak cakap boleh bagi dia energy). Memang setiap pagi aku buat macam tu. Masa adik sakit teruk tu, mak dia tak nak pun dekat, asal dekat je marah, asal dekat je marah. Aku ape lagi (piuunngg!) kena penampar mak beliau! Amik kau! Kau ingat aku ni babysitter anak kau! Tapi kucing kan, mana lah ada otak nak pikir sume tu. Aku pun dok berlagak lah jadi doktor sementara kepada ADIK. 

Empat hari lepas tu, ADIK mula cergas. Dah berlari-lari dengan kakak dia (kucing jugak, adik beradik satu ibu). Mak aku pun dah tunjuk muka berharap yang ADIK boleh sembuh. Terror gak aku kan. Haha. Seronok tengok ADIK dah pandai minum susu sendiri. Dah pandai jemur badan sendiri. Yang paling best ADIK dah pandai makan nasi. Aku suap lagi okay. Memang ada harapan nak hidup and ADIK pun ada usaha sendiri untuk hidup (thats why aku sayang kat ADIK). 

Study week dah nak abih and aku kena balik kolej. Boleh lah balik kolej dengan tenang sebab ADIK dah sihat. Masa kat kolej dok teringat je kat ADIK, aku siap simpan susu tepung Everyday aku (stok lam bilik) sebab balik nanti nak bagi ADIK minum. Tup-tup abah bagitahu ADIK dah mati masa main kat luar, kucing jantan bunuh dia! ADIK kenapa adik mati? Rindu ADIK sangat-sangat! Rindu nak suap ADIK makan. Sampai hati kau kucing jantan!(aku tak tahu kucing jantan ni spesies ape sampai nak makan kaum sendiri) Mak aku kejar sampai terjatuh sebab nak selamatkan ADIK. Kesian mak! Tapi dah terlambat, ADIK dah mati masa mak try selamatkan dia. ADIK, jaga diri leklok tau! Jangan sakit2 lagi kat 'sana'.

Sebijik macam ADIK (arnab tu tak kenal sebab gambar hiasan)

p/s: Mungkin orang boleh gelakkan aku sebab panggil anak kuciing ADIK. Mungkin jugak orang boleh cakap aku gila sebab berdendam dengan kucing. Mungkin jugak orang boleh cakap aku tak betol sebab rawat kucing macam rawat manusia. Guys, kucing juga makhluk Allah s.w.t. dan kita sedia maklum kucing adalah haiwan yang paling manja dengan Nabi Sulaiman. Pada aku, kucing ni kita boleh jadikan kawan sebab dia sentiasa nak bermanja dan pandai amik hati manusia. Aku memang gila kucing, sanggup menagis sebab kucing and kucing sentiasa ada tempat dalam hidup aku. InsyaAllah. Untuk bakal suami kalau tak suka kucing, tolong suka jugak okay. :)