Wednesday, May 18, 2011

Dah itu yang Allah Tentukan..

Selalu kita dengar orang cakap 'kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan'..
walau nyawa bercerai dari badan sekalipun, jika Tuhan tidak mengizinkan, maka tidaklah..
ketentuan sangat ingin dirapatkan dengan keredhaan..
tanpa keredhaan, jatuh la ke bumi seseorang manusia itu..
kalah pada kenyataan, bukan bermaksud tiada lagi impian..
hilang satu harapan binalah satu tiang yang dapat membantu kita berdiri..
tidak semestinya dengan satu kegagalan kita akan bertemu dengan kejayaan selepas itu..
seharusnya kita mesti bersahabat baik dengan kegagalan..
mengenal siapa itu kegagalan,
dari mana asal usulnya,
apakah kegemarannya,
siapakah teman baiknya,
dan apakah yang paling dibenci,
jika kita tahu segalanya tentang kegagalan,
pasti kita dapat mengawalnya,
pasti kita dapat kembalikan ia ke tempat asalnya,
pasti kita tidak usulkan kegemarannya,
pasti kita tidak ingin dikelilingi teman-temannya,
dan semestinya kita mencintai apa yang dibencinya..
jika kita pastikan itu semua,
sudah pasti kegagalan akan benci pada kita..

Tuhan berikan apa yang kita pinta serta apa yang bersesuian dengan kita..
Jika Dia tidak berikan apa yang kita inginkan,
Ssungguhnya Dia ingin berikan yang lebih baik pada kita di masa akan datang..

p/s : my dearest, terimalah apa pun yang dah ditentukan dan yang telah diberikan..
sabarlah kerana rezeki Tuhan hanya Dia yang berhak nak diberikan kepada siapa..
mungkin belum sampai masanya..Sabarlah..

No comments:

Post a Comment