Thursday, March 8, 2012

Tak matang???

Kalau dulu kita sekolah, kita just rapat dengan orang sebaya je dengan kita kan. Masa masuk matrik pulak kita dah start dah berkawan dengan orang yang berbeza umur (even setahun je, tu pun kalau ade). Bila masuk universiti macam-macam peringkat umur kita kena kenal. Mak Siti selalu pesan, makin kita besar makin ramai yang kita kenal.
Memang betul pun. Itulah lumrah hidup. Kat universiti ni, macam-macam orang yang aku dapat kenal ( I mean, bukan kenal rapat just realize that they are visible). Tujuan nak tulis menulis ni bukan nak mengumpat ke nak mengata ke. Cuma nak berkongsi je apa yang sedang dan telah dilihat.
Kalau cakap bab matang dengan tak matang. First sekali yang kita boleh fikirkan, senior-senior mesti matang kan. Yang junior-junior ni budak hingusan je. haha. Sedar tak sedar sebenarnya, ada segelintir daripada kenalan kita tu perangai melebihi ketidakmatanagannya dari junior-junior kita. Depan orang ramai punyalah perfect tapi belakang orang (yang aku TERnampak lah kan) bukan main lagi. Benda-benda yang tak masuk akal tu lah yang diorg nak buat. Contoh-contohnya, korang fikirlah sendiri.
Yang mana yang perempuannya suka buat pertandingan siapa ada barang paling baru, siapa ada background desktop paling cantik, siapa lagi ramai kawan. Yang mana lelakinya bercakap besar menggunung-gunung tapi apa pun tak ada, pertandingan siapa dapat mengorat pompuan cantik dulu pun ada. Haih, just live in reality okay guys, that's our life. Tak payah lah buat benda yang tak bawa kita ke mana-mana.
p/s : Saya pun tak sempurna dan belum cukup matang. Masing-masing ade kelebihan dan kekurangan. Saya cuma nak melepaskan rasa meluat di blog saya. haha. Yang mane terasa tu, tak payah lah nak sentap menyentap dengan saya, sebab inilah benda yang bukan anda sorang je buat tau, ramai lagi yang seangkatan. Lumrah manusia, macam tu lah.

No comments:

Post a Comment