Tuesday, April 10, 2012

Keistimewaanku


Selalu kita dengar, perempuan adalah makhluk paling istimewa ciptaan Illahi.
Aku selalu cari apa istimewanya perempuan. Pada aku perempuan sangat unik. Kenapa mereka unik? Sebab mereka lemah bak kata lelaki tetapi sebenarnya tidak. Perempuan cuma lembut tetapi tidak lemah. (sila betulkan ye kaum lelaki) Even aku tengah tulis tentang kaum aku sendiri tapi aku pandang pada aspek orang lain bukan sahaja aku. Menangis bukan bermakna lemah. Lagi sekali, perempuan itu lembut bukan lemah!. Dalam perhubungan selalunya perempuan lebih menjurus untuk tidak bergaduh dan lebih kepada bermasam muka. Hati perempuan sangat rapuh sebab itu apa yang ada dalam hati terpampar jelas di muka. 
Lagi satu sebab perempuan bukan lemah. Jelas kita dapat tengok ibu-ibu kita yang bekerjaya. Siang hari mereka sibuk dengan kerjaya tetapi apabila pulang ke rumah mereka sibuk di dapur hingga saat nak lelapkan mata mereka masih lagi melayan kerenah anak-anak. Lihatlah betapa kuat dan tegarnya seorang perempuan. Mampukah aku untuk jadi sebegitu?
Jika sekarang aku sibuk mencari cinta, aku perlu melihat tanggungjawab yang bakal aku sandang. Mampukah aku? Jika cinta yang menyakitkan ini pun tidak sanggup aku redah, apatah lagi tanggungjawab besar yang bakal aku sandang. Ya Allah, kau ciptakan manusia dengan pelbagai keistimewaan, kurniakanlah aku kekuatan untuk menggapai keistimewaanku. Amin.

No comments:

Post a Comment